LINK

Untukmu Palestin Untukmu Palestin
Palestin Info kasturi group E-Qamus Photobucket darussyifa' Hadith akhirzaman Photobucket doa teladan belajar ba kalamfikalam isuhangat SoalJawab uszahar syaukani dondanial amal Asyraf firdaus Aiman uszahar bakri nuar

Wednesday, March 2, 2011

Mimpi Ngeri Bagi Penghafaz Al-Quran

Tidak dinafikan kelebihan dan ketinggian IQ seseorang individu itu adalah berbeza. Maka sudah pasti tahap memori ingatan individu juga berbeza. Seperti juga peralatan komputer, jika tinggi spesifikasinya tidak hairanlah prestasi yang ditunjukkan oleh komputer itu adalah sangat bagus.


Sindrom lupa terhadap ayat al-Quran yang telah dihafaz ini memang selalu dilalui oleh penghafaz al-Quran. Bukan sahaja golongan penghafaz al-Quran sahaja yang mengalaminya, bahkan boleh dikatakan semua individu mempunyai penyakit ‘lupa’ ini. Semuanya bergantung kepada anda untuk mengatasinya.

Penulis ingin berkongsi panduan dan tips apabila menghadapi sindrom lupa ketika menghafaz al-Quran. Sindrom ini disebabkan oleh beberapa perkara :

Banyak Melakukan Maksiat

Ini adalah penyumbang terbesar kepada sindrom ini. Tidak kiralah betapa hebatnya anda dalam menghafaz al-Quran atau betapa tingginya IQ anda, sekiranya setiap hari bergelumang dengan maksiat atau dosa. Saya pasti sedikit demi sedikit hafazan anda akan berkurangan tanpa disedari.

Mungkin anda hanya memikirkan maksiat yang bersangkutan dengan dosa-dosa besar, tetapi anda tidak nampak perkara-perkara kecil yang mungkin dipandang remeh oleh sesetengah orang. Begitu juga dengan dosa-dosa kecil yang dilakukan secara berulang-ulang seperti melihat aurat orang lain.

Di antara perkara yang dianggap remeh oleh kebanyakan individu adalah ketika berada di dalam tandas. Majoriti umat Islam sekarang tidak lagi mengamalkan sunnah yang dibawa oleh baginda Nabi S.A.W.

Adab-adab dan tatacara ketika berada di tandas tidak menjadi perhatian, bahkan terus dilupakan begitu sahaja. Berapa ramai yang membaca doa ketika hendak masuk ke tandas? Berapa ramai yang menutup kepala ketika berada di dalam tandas? Persoalan tersebut saya pulangkan kepada anda untuk menjawabnya.


Bagaimanakah cara untuk mengatasinya? Salah satu jalan dan kaedah penyelesaian adalah melalui istighfar dan memohon keampunan dari Allah semasa berdoa. Anda juga disarankan supaya sentiasa memohon kemaafan dari manusia kerana kita tidak tahu apakah kesalahan yang telah kita lakukan.


Selain itu, sentiasalah memaafkan kesalahan orang lain. Semoga dengan cara tersebut, mudah-mudahan orang lain juga akan memaafkan anda.

Tidak Murajaah Al-Quran

Perkara ini penulis masukkan sebagai ranking kedua dalam short list. Menghafaz dan mengingati al-Quran adalah dengan izin Allah S.W.T, namun ia juga bukan terjadi secara automatik. Mungkin ada yang berpendapat bahawa penghafaz al-Quran adalah individu yang dipilih oleh Allah S.W.T (chosen one). Ya, benar memang tidak dinafikan perkara itu. Cuma untuk mengekalkan hafazan memerlukan kesungguhan dan konsisten.

Mengapa anda tidak lupa pada surah al-Fatihah? Walaupun ketika sedang memandu kenderaan, saya yakin setiap individu muslim mampu membacanya secara hafaz. Sebab paling utama adalah kerana anda sudah mengulang (murajaah) surah al-Fatihah sekurang-kurangnya sebanyak 17 kali sehari semalam.

Murajaah al-Quran bukanlah suatu perkara yang boleh dianggap remeh dan enteng. Sebut memang mudah, tetapi untuk menjalankan aktiviti murajaah secara konsisten (istiqamah) memerlukan pengorbanan yang besar. Ada yang mampu murajaah sebanyak 1 muka surat sehari, 10 muka surat sehari, 1 juzu’ sehari, 5 juzu’ sehari malahan ada yang mampu murajaah sebanyak 20 juzu’ sehari!!


Namun, sekiranya anda lalai dan hanyut dibuai oleh godaan syaitan. Untuk murajaah 1/4 muka surat pun belum tentu dihabiskan. Nasihat penulis, buatlah jadual murajaah supaya anda tidak lalai dari mengulangkaji al-Quran.


Faktor Pemakanan

Pemakanan juga antara penyebab yang menyumbang kepada sindrom lupa. Kajian saintifik menunjukkan bahawa makanan masam (berasid) akan mempercepatkan kematian sel-sel di dalam otak. Untuk memudahkan anda memahami fungsi sel dalam otak, saya sarankan anda agar menonton iklan susu Anmun Essentials di televisyen.


Selepas anda dilahirkan otak anda akan sibuk membina sistem ‘pendawaian’. Sistem ini membabitkan neuron (sel otak), gentian saraf (akson) dan penghubung di antara kedua-duanya (sinaps).


Contohnya semasa sedang bercakap, otak anda akan menghantar isyarat kimia melalui neuron yang menyeberangi sinaps dan menyebabkan lebih banyak hubungan dibuat dengan neuron yang lain. Kelajuan maklumat ini disalurkan bergantung kepada penyalut khas neuron yang disebut mielin.

Proses membina hubungan ini (sinaptogenesis) penting untuk perkembangan otak. Ketika ini pemakanan mempunyai fungsi penting.

Nasihat penulis, elakkan makan jeruk, MSG (monosodium glutamat) istilah mudahnya “ajinomoto”, epal hijau dan makanan masam. Perbanyakkan makan makanan yang membantu mengekalkan hafazan seperti kismis, madu, gajus dan susu.



Suasana Persekitaran

Suasana persekitaran atau dalam bahasa arabnya disebut bi’ah juga mempengaruhi memori seorang penghafaz al-Quran. Mengapa? Mungkin anda mengatakan bahawa seorang penghafaz yang bagus tidak akan terkesan oleh persekitarannya. Seperti ikan di lautan yang tidak menjadi ikan masin walaupun dikelilingi oleh air laut yang masin.

Secara peribadi, penulis sendiri amat terkesan dengan suasana persekitaran. Ada kalanya keadaan sekeliling tidak menyokong seorang penghafaz al-Quran untuk murajaah hafalannya. Contohnya sewaktu kenduri (sibuk dan bising) atau ketika berada bersama rakan-rakan. Kadang-kadang rakan bukannya membantu untuk murajaah, tapi mereka menjatuhkan motivasi anda.

Kata-kata seperti “Fuyyo.. Masyi baca Quran”, “Power lah murajaah sampai 5 juzuk” dan bermacam-macam lagi yang dilontarkan oleh rakan-rakan akan menyebabkan anda putus semangat untuk menyambung sesi murajaah.

Pengalaman penulis ketika berada di Mesir, bagi mendapatkan feel untuk murajaah adalah dengan mengembara seorang diri ke Masjid Amru al-’As. Penulis akan menghabiskan masa di masjid tersebut dari pukul 7.00 pagi (waktu Mesir) sehingga selepas Asar dengan hanya berhenti makan (makanan arab) dan solat sahaja.


Selebihnya akan dihabiskan dengan aktiviti murajaah. Bagi penulis, sukar untuk mendapatkan kepuasan seperti itu apabila berada di tanah air. Mungkin kerana fungsi dan aktiviti masyarakat Malaysia di masjid tidak seperti masyarakat Mesir. Bagi mereka, masjid bukan sekadar tempat beribadat semata-mata.

Akhirnya,penulis berdoa agar dapat dihindarkan dari berlakunya perkara ini keatas diri penulis sendiri, juga kepada anak-anak murid penulis khususnya dan semua penghafaz al-Quran di Malaysia amnya.

0 comments:

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

Hadith Shahih Al Bukhari

IP