LINK

Untukmu Palestin Untukmu Palestin
Palestin Info kasturi group E-Qamus Photobucket darussyifa' Hadith akhirzaman Photobucket doa teladan belajar ba kalamfikalam isuhangat SoalJawab uszahar syaukani dondanial amal Asyraf firdaus Aiman uszahar bakri nuar

This is default featured post 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured post 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured post 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured post 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured post 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Wednesday, March 16, 2011


Tuesday, March 15, 2011

idul miladi ya abi!

assalam,
hari ni birthday abi...kitorang anak2 homeroom abi nak ucapkan...Happy Birthday Abi,semoga abi panjang umur dan dimurahkan rezeki...
we love you!

...mINGGU Aktiviti...Taon lepas...

assalam
hehe, sebenarnye gamba ni dah boleh dikategorikan expired,tapi, halal je lah eh? ni nak tunjuk gamba minggu aktiviti tahun lepas...hehehe


gambar ni mase habis buat mummy,tu ha, aniq jadi mummy nye...smart!


gambar mase tengah sembelih ayam...

Sanah Helwa Ya Jamil...Adam Syafiq Hazizun..

Monday, March 14, 2011

Japan Tsunami 2011

Mate dlm Solat


Berapa lamakah kita solat dalam sehari semalam? Jika setiap rakaat kita anggarkan dua minit, maka dalam sehari-semalam jumlahnya ada 34 minit.
Maksudnya?
Dalam sehari hanya kita menggunakan sebanyak 2.4 % dari 1440 minit (60*24). Dalam seminggu, bererti ada 238 minit atau 3.96 jam. Dalam sebulan, lama kita bersolat sebanyak 952 minit atau 15.86 jam. Dan setahun, ada 11,424 minit atau 190.4 jam, yang sama dengan 7.93 hari.

Jika rata-rata usia hidup manusia selama 60 tahun, dan dikurangkan dengan 10 tahun masa awal akil baligh (dewasa), maka hanya 50 tahun seseorang melaksanakan solat dalam hidupnya. Itu bermakna, sepanjang hidupnya kita melaksanakan solat fardlu selama 571,200 minit atau lebih kuranf 9.520 jam, atau 396.7 hari (1.1 tahun).
Bayangkan, selama hidup, kita hanya meruangkan masauntuk solat fardhu selama 1.1 tahun, atau dalam satu tahun hanya 7.93 hari, atau dalam satu hari hanya 34 minit. Dari sini terlihat betapa jauhnya perbandingan ketaatan kita kepada Allah SWT dengan nikmat yang diberikan-Nya kepada kita dengan nikmat usia.
Maka sangat malang, apabila ada orang yang tidak melaksanakan solat kerana alasan tidak ada masa,tak sempat atau sibuk. Padahal, jika kita jujur terhadap diri sendiri, kita boleh lama-lama berbual di telefon, di depan komputer, jalan-jalan, menonton TV,melepak dan lain-lainnya.
Ingatlah, Abu Zubair menceritakan bahawa dia mendengar Jabir bin Abdullah berkata,
”Aku pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda, ‘Antara seseorang dengan kemusyrikan dan kekafiran itu terdapat perbuatan meninggalkan solat’.” (HR Muslim).
Oleh kerana itu, jangan pernah merasa puas dan berbangga diri dengan ibadah yang telah kita laksanakan. Sebab boleh jadi ibadah kita, terutama solat, tidak akan bermakna apa-apa apabila amalan itu kita kerjakan dengan tidak ikhlas. Apalagi berharap surga. Allah menyindir orang yang demikian dengan pendusta agama. (QS Al-Maun [107]: 1-7).
Jadi, jangan hanya berangan masuk syurga dengan selembar tiket solat fardhu.
Silakan menjaring rahmat Allah dengan membuat banyak amal soleh. Berinfak,solat sunat,membaca Al-Quran, zakat, puasa, haji, berbaik dengan jiran,menyambung silaturahim, mengurus keluarga, belajar, menderma anak yatim, tidak membuang sampah sembarangan, bahkan hanya tersenyum kepada kawan pun termasuk amal soleh. Wallahualam.

Saturday, March 12, 2011

Holiday..

Cuti...

Teringat zaman abi sekolah asrama dulu...Cuti mmg ditunggu..seminggu lagi nak balik rumah dah ada plan,,nak tidoooo..nak makan...nak mandi sungai,,jalan2...

Hari balik ke rumah mmg best gilo...x saba sgt nak tgok rumah,,adik beradik dan mcm2 lagi..

Tapi bile dah 2/3 ari di rumah,,teringt plk pada sekolah,,rindu kengkawan,,cikgu2..waden..tak sabar pulak nak balik asrama..camtu la masa zaman bergelar pelajar asrama..walaupun di asrama banyak rule,,banyak karenah,,tapi tu lah yg buat abi teringat,,best wooo duduk asrama,,ade ratusan kawan..boleh solat jaamaah,,makan jamaah,,tidur jamaah..kene denda pun berjamaah,,terbaek,,,,

zaman abi x de Homeroom,,,warden pun sorang je jaga 4 tingkat asrama,,,1 dorm 20 org,,tapi cukup seronok,,kenangan,,,
Cuti ni abi harap sgt anak2 abi manfaatkan sepenuhnya,,bantu mak ayah,,abi dulu cuti ikut arwah ayah ke kebun getah,,tolong toreh getah,,cari rezeki untuk kuluarga..

Pada danial,wani,shira,faiz,iqbal,hazwani,hasya aiman,aniq,adam,akmal dan nisak,,jaga diri bebaik,,hafazan jgn tinggal,,murajaa'h.ulangaji pelajaran,,kalian kene usaha sebaik mungkin utk jadi pelajar yang hebat...Kalian anak2 Melayu Islam yang hebat..Jumpe minggu depan..Umi,uwais ngn yacin kirim salam..Sampaikan salam pada parents kalian..

Terbaek..
Abi.

Wednesday, March 9, 2011

Selamat Berblog Homeroom Gemilang & Bestari



Tahniah pada Homeroom 2 Gemilang kerana telah memiliki Blog Homeroom.Tahniah pada Abi Uda
penasihat HR 2 Gemilang..Semoga ukhwah sesama kita makin lebih mantap..Pesan Abi PaLeQ pada anak2 Abi agar memanfaatkan sepenuhnya ICT ini.Rajin2 le menjenguk kami di sini..

Abi PaLeQ.
Jawi Pulau Pinang.
9/3/2011

Tuesday, March 8, 2011

Penukaran Setiausaha dan Bendahari

Assalamualaikum,
Homeroom kami telah menukar setiausaha iaitu daripada Nur Wani kepada Noor Annisa.Kami harap penukaran ini dapat meningkatkan produktiviti homeroom kami.

Terima kasih kami ucapkan pada Wani atas khidmat beliau..Selamat bertugas pada Nisa.
."Iltizam be the winner"

PIKNIK HOMEROOM 2 ILTIZAM 2011

Bersama Abi tersayang melapah dan memasak ayam..kami tukang makan je...hehe

Huffaz Aset Negara

DOWNLOAD QURAN FLASH



Kecanggihan teknologi dan inovasi hari ini juga boleh diaplikasikan untuk kebaikan,anda boleh membaca quran menggunakan QURAN FLASH othmani..KLIK SINI untuk DOWNLOAD..

MISION TO LANGKAWI 2011


Acara kemuncak HR ILTIZAM pada tahun ini...Le Tour De Langkawi..
cadangan pada bulan september,Le Tour ini akan memberikan pelbagai manfaat antaranya memborong cekelat,membeli pinggan mangkuk,dan yang paling penting dapat berjalan bersama Abi Tersayang..ye x...hehe,,,

Doa Perisai Dari Wabak..(dipetik dari blog Datuk Sheikh Murtadza)

MEMORIAL

 KENANGAN  HOMEROOM 2 IlTIZAM..MEMORI 2011




Monday, March 7, 2011

Penekan-penekanan yang harus diberi dalam pendidikan anak-anak

Penekan-penekanan yang harus diberi dalam pendidikan anak-anak.


Untuk melahirkan kanak-kanak yang berjiwa ‘teguh’ terhadap Islam, berkeperibadian seimbang dan bersifat rabbani, maka mereka seharusnya menerima pendidikan menyeluruh dan seimbang. Jesteru itu para pendidik (murabbi) dalam menyediakan bahan-bahan pendidikan mereka hendaklah menyentuh semua aspek yang diperlukan bagi mencapai kesempurnaan hidup sebagai manusia.

Antara silibus pendidikan-pendidikan yang perlu diberi perhatian ialah:

Sunday, March 6, 2011

Mengatasi Masalah Anak-Anak Yang Nakal, Degil Dan Suka Melawan Cakap Ibu Bapa -(dipetik dari Darul syifa.org)

Oleh: Ibnuumar Asseluluni

Secara fitrahnya semua ibu bapa mahukan anak-anak yang menghormati ibu bapa, mentaati hukum agama, sentiasa menjauhi maksiat serta tidak terjebak dengan gejala sosial.
Pengalaman penulis di Darussyifa’ sering bertemu dengan ibu bapa yang mengadu tentang anak-anak mereka yang terjebak dengan gejala sosial seperti anak-anak yang lari dari rumah, bergaul dengan remaja yang rosak akhlak, berzina, menagih dadah, melawan ibu-bapa, kasar serta biadab dengan ibu bapa dan seumpamanya.
Ibu bapa yang datang ke Darussyifa’ ini meminta perawat mengikhtiarkan sesuatu supaya anak-anak mereka boleh dipulihkan. Di antara yang biasa dilakukan oleh perawat ialah;

Kaedah Pertama:
Membaca doa-doa tertentu pada air seperti Surah al-Fatihah, Doa Pelembut Hati (Surah Taha ayat 1 hingga 5), Selawat Syifa’, Selawat Tafrijiyah, Doa Menghindar Maksiat (Surah al-Mu’min ayat 3) dan beberapa doa-doa yang lain. Air yang telah dibacakan dengan doa ini diberi minum kepada anak-anak yang bermasalah ini juga dibuat bilasan mandi.

Saturday, March 5, 2011

Kelebihan Bersedeqah...

Bersedekah adalah satu amalan sunat yang sangat dituntut oleh Islam. Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: " Tidak akan berkurang harta orang bersedekah". Bersedekah ini boleh dianalogikan seperti kita mengambil air dari perigi atau telaga dengan menggunakan timba. setiap kali kita mengambil air daripada perigi tersebut maka akan digantikan dengan air lain pula tanpa berkurang sedikit pun. Kita harus faham bahawa rezeki yang Allah s.w.t berikan kepada kita bukanlah untuk kita seorang sahaja. Sebenarnya kita

Friday, March 4, 2011

Otak yang cerdas dari Badan yang cergas

Acara tetap bagi setiap minggu...bersenam agar lebih aktif,,mudah2 an aktiviti seperti ini membantu anak2 Ulul Albab ini..
Macam2 gayo ado...



Alhamdulillah,satu lagi progrm tambahan untuk anak-anak Ulul Albab..iaitu acara senaman arobik dan jogging bersama Ustaz2 dan guru-guru

Thursday, March 3, 2011

Sunnah Tidur Tengahari Dan Penemuan Semasa


Di dalam kitab 'Misykatul Masabih' disebutkan tentang salah satu amalan sunnah yang pernah dilakukan oleh Nabi:
"Tidur yang sedikit di waktu tengahari (qailulah) tidaklah keji.Rasulullah ada melakukannya."

Imam Al Ghazali di dalam kitab 'Ihya Ulumuddin' telah berkata:

"Hendaklah seseorang tidak meninggalkan tidur di siang hari kerana ianya membantu ibadah di malam hari sebagaimana sahur membantu puasa di siang hari. Sebaik-baiknya ialah bangun sebelum tergelincir matahari untuk solat zohor."

Islam mempunyai pandangan tertentu tentang tidur tengahari. Ia dianggap sebagai sunnah dan bukan sebagai suatu yang keji. Tidurnya hanya sekejap. Tujuannya adalah untuk kesegaran tubuh badan agar dapat dimanfaatkan untuk melaksanakan amal dan ibadah yang berkualiti. Dewasa ini, berpandukan kajian-kajian saintifik, tidur sekejap di waktu siang (day napping), terutamanya pada waktu tengahari, didapati amat berkesan untuk mempertingkatkan tenaga, tumpuan dan akhirnya produktiviti pekerja-pekerja. Baru-baru ini satu kajian 25 tahun tentang kesan tidur ke atas negara-negara industri dan pasca-industri telah mendapati bahawa "92.5% pekerja-pekerja yang berkesempatan tidur di waktu tengahari, mempunyai daya kreativiti yang lebih tinggi. Daya kemampuan mereka untuk menyelesaikan masalah juga meningkat. Semua ini pastinya meningkatkan produktiviti." (Napping News: 'Scientific Proof Confirms: Napping Enhances Worker Productivity,' from eFuse)

Waktu tengahari merupakan masa yang paling sesuai untuk tidur seketika kerana sistem badan kita memang bersedia untuk memanfaatkan fasa tidur pada waktu itu. Fasa ini disebutkan sebagai 'a midafternoon quiescent phase' atau ' a secondary sleep gate.' Di antara tokoh-tokoh yang menggalakkan tidur tengahari ini ialah Dr. William A. Anthony, Ph.D. dan Camille W. Anthony, pengarang buku 'The Art of Napping at Work.' Demikian juga yang disebutkan oleh David F. Dinges dan Roger J. Broughton di dalam buku mereka 'Sleep and Alertness: Chronobiological, Behavioural and Medical Aspects of Napping.' Dr. James Maas, pakar tidur dari Cornell University juga telah merumuskan bahawa tidur di tengahari sekadar 15-20 minit sudah mencukupi untuk mengembalikan tenaga dan menjaga kesihatan. Seorang pengkaji yang lain, Donald Greeley, telah mengatakan bahawa tidur tengahari adalah bermanfaat selama mana ianya tidak melebihi satu jam. (Gail Benchener: 'Parents and Sleep Deprivation,' Family.com)

Sunnah tidur tengahari yang diajarkan Nabi rupa-rupanya merupakan suatu yang amat saintifik lagi relevan pada hari ini.
(Laporan saintifik tentang kelebihan tidur tengahari ke atas produktiviti berdasarkan kajian 25 tahun)

Wednesday, March 2, 2011

Mimpi Ngeri Bagi Penghafaz Al-Quran

Tidak dinafikan kelebihan dan ketinggian IQ seseorang individu itu adalah berbeza. Maka sudah pasti tahap memori ingatan individu juga berbeza. Seperti juga peralatan komputer, jika tinggi spesifikasinya tidak hairanlah prestasi yang ditunjukkan oleh komputer itu adalah sangat bagus.


Sindrom lupa terhadap ayat al-Quran yang telah dihafaz ini memang selalu dilalui oleh penghafaz al-Quran. Bukan sahaja golongan penghafaz al-Quran sahaja yang mengalaminya, bahkan boleh dikatakan semua individu mempunyai penyakit ‘lupa’ ini. Semuanya bergantung kepada anda untuk mengatasinya.

Penulis ingin berkongsi panduan dan tips apabila menghadapi sindrom lupa ketika menghafaz al-Quran. Sindrom ini disebabkan oleh beberapa perkara :

Banyak Melakukan Maksiat

Ini adalah penyumbang terbesar kepada sindrom ini. Tidak kiralah betapa hebatnya anda dalam menghafaz al-Quran atau betapa tingginya IQ anda, sekiranya setiap hari bergelumang dengan maksiat atau dosa. Saya pasti sedikit demi sedikit hafazan anda akan berkurangan tanpa disedari.

Mungkin anda hanya memikirkan maksiat yang bersangkutan dengan dosa-dosa besar, tetapi anda tidak nampak perkara-perkara kecil yang mungkin dipandang remeh oleh sesetengah orang. Begitu juga dengan dosa-dosa kecil yang dilakukan secara berulang-ulang seperti melihat aurat orang lain.

Di antara perkara yang dianggap remeh oleh kebanyakan individu adalah ketika berada di dalam tandas. Majoriti umat Islam sekarang tidak lagi mengamalkan sunnah yang dibawa oleh baginda Nabi S.A.W.

Adab-adab dan tatacara ketika berada di tandas tidak menjadi perhatian, bahkan terus dilupakan begitu sahaja. Berapa ramai yang membaca doa ketika hendak masuk ke tandas? Berapa ramai yang menutup kepala ketika berada di dalam tandas? Persoalan tersebut saya pulangkan kepada anda untuk menjawabnya.


Bagaimanakah cara untuk mengatasinya? Salah satu jalan dan kaedah penyelesaian adalah melalui istighfar dan memohon keampunan dari Allah semasa berdoa. Anda juga disarankan supaya sentiasa memohon kemaafan dari manusia kerana kita tidak tahu apakah kesalahan yang telah kita lakukan.


Selain itu, sentiasalah memaafkan kesalahan orang lain. Semoga dengan cara tersebut, mudah-mudahan orang lain juga akan memaafkan anda.

Tidak Murajaah Al-Quran

Perkara ini penulis masukkan sebagai ranking kedua dalam short list. Menghafaz dan mengingati al-Quran adalah dengan izin Allah S.W.T, namun ia juga bukan terjadi secara automatik. Mungkin ada yang berpendapat bahawa penghafaz al-Quran adalah individu yang dipilih oleh Allah S.W.T (chosen one). Ya, benar memang tidak dinafikan perkara itu. Cuma untuk mengekalkan hafazan memerlukan kesungguhan dan konsisten.

Mengapa anda tidak lupa pada surah al-Fatihah? Walaupun ketika sedang memandu kenderaan, saya yakin setiap individu muslim mampu membacanya secara hafaz. Sebab paling utama adalah kerana anda sudah mengulang (murajaah) surah al-Fatihah sekurang-kurangnya sebanyak 17 kali sehari semalam.

Murajaah al-Quran bukanlah suatu perkara yang boleh dianggap remeh dan enteng. Sebut memang mudah, tetapi untuk menjalankan aktiviti murajaah secara konsisten (istiqamah) memerlukan pengorbanan yang besar. Ada yang mampu murajaah sebanyak 1 muka surat sehari, 10 muka surat sehari, 1 juzu’ sehari, 5 juzu’ sehari malahan ada yang mampu murajaah sebanyak 20 juzu’ sehari!!


Namun, sekiranya anda lalai dan hanyut dibuai oleh godaan syaitan. Untuk murajaah 1/4 muka surat pun belum tentu dihabiskan. Nasihat penulis, buatlah jadual murajaah supaya anda tidak lalai dari mengulangkaji al-Quran.


Faktor Pemakanan

Pemakanan juga antara penyebab yang menyumbang kepada sindrom lupa. Kajian saintifik menunjukkan bahawa makanan masam (berasid) akan mempercepatkan kematian sel-sel di dalam otak. Untuk memudahkan anda memahami fungsi sel dalam otak, saya sarankan anda agar menonton iklan susu Anmun Essentials di televisyen.


Selepas anda dilahirkan otak anda akan sibuk membina sistem ‘pendawaian’. Sistem ini membabitkan neuron (sel otak), gentian saraf (akson) dan penghubung di antara kedua-duanya (sinaps).


Contohnya semasa sedang bercakap, otak anda akan menghantar isyarat kimia melalui neuron yang menyeberangi sinaps dan menyebabkan lebih banyak hubungan dibuat dengan neuron yang lain. Kelajuan maklumat ini disalurkan bergantung kepada penyalut khas neuron yang disebut mielin.

Proses membina hubungan ini (sinaptogenesis) penting untuk perkembangan otak. Ketika ini pemakanan mempunyai fungsi penting.

Nasihat penulis, elakkan makan jeruk, MSG (monosodium glutamat) istilah mudahnya “ajinomoto”, epal hijau dan makanan masam. Perbanyakkan makan makanan yang membantu mengekalkan hafazan seperti kismis, madu, gajus dan susu.



Suasana Persekitaran

Suasana persekitaran atau dalam bahasa arabnya disebut bi’ah juga mempengaruhi memori seorang penghafaz al-Quran. Mengapa? Mungkin anda mengatakan bahawa seorang penghafaz yang bagus tidak akan terkesan oleh persekitarannya. Seperti ikan di lautan yang tidak menjadi ikan masin walaupun dikelilingi oleh air laut yang masin.

Secara peribadi, penulis sendiri amat terkesan dengan suasana persekitaran. Ada kalanya keadaan sekeliling tidak menyokong seorang penghafaz al-Quran untuk murajaah hafalannya. Contohnya sewaktu kenduri (sibuk dan bising) atau ketika berada bersama rakan-rakan. Kadang-kadang rakan bukannya membantu untuk murajaah, tapi mereka menjatuhkan motivasi anda.

Kata-kata seperti “Fuyyo.. Masyi baca Quran”, “Power lah murajaah sampai 5 juzuk” dan bermacam-macam lagi yang dilontarkan oleh rakan-rakan akan menyebabkan anda putus semangat untuk menyambung sesi murajaah.

Pengalaman penulis ketika berada di Mesir, bagi mendapatkan feel untuk murajaah adalah dengan mengembara seorang diri ke Masjid Amru al-’As. Penulis akan menghabiskan masa di masjid tersebut dari pukul 7.00 pagi (waktu Mesir) sehingga selepas Asar dengan hanya berhenti makan (makanan arab) dan solat sahaja.


Selebihnya akan dihabiskan dengan aktiviti murajaah. Bagi penulis, sukar untuk mendapatkan kepuasan seperti itu apabila berada di tanah air. Mungkin kerana fungsi dan aktiviti masyarakat Malaysia di masjid tidak seperti masyarakat Mesir. Bagi mereka, masjid bukan sekadar tempat beribadat semata-mata.

Akhirnya,penulis berdoa agar dapat dihindarkan dari berlakunya perkara ini keatas diri penulis sendiri, juga kepada anak-anak murid penulis khususnya dan semua penghafaz al-Quran di Malaysia amnya.

pEnCaPaIaN PNG kami...

Assalam,

nurul aiman sedang mengambil sijil penghormatan pengetua .

Seramai 7 orang ahli homeroom kami telah mendapat sijil tersebut. Mereka ialah:-

1. Nurul Aiman- PNG 3.88
2. Syahira- PNG 3.85
3. Nur Wani- PNG 3.78
4. Akmal- PNG 3.68
5. Annisa- PNG 3.53
6. Danial- PNG 3.52
7. Aniq- PNG 3.51

Kami bersyukur atas pencapaian tersebut. Oleh itu, kami berILTIZAM untuk meningkatkannya lagi pada masa hadapan. InsyaALLAH ;)

oUr LoVeLy HoMeRoOm

assalam

kat sini nak tunjuk gambar kenangan homeroom kami=)

wah,abi tengah memanah!



ni pulak, gambar kami berbuka kat rumah abi sama sama. kami beli makanan tu kat bazaar Ramadhan di Gemas.


buka puasa homeroom sempena majlis khatam Quran 2010


Tuesday, March 1, 2011

Sihat cara saintifik nabi kita

Fizikal, mental dan rohani adalah elemen penting dalam memastikan badan yang sihat, insyallah untuk panjang umur."Ajal maut dan jodoh pertemuan memang ditangan tuhan, tetapi usaha dari manusia itu perlu sebelum berserah pada tuhan. "


1. SELALU BANGUN SEBELUM SUBUH

Rasul selalu mengajak umatnya untuk bangun sebelum subuh, melaksanakan solat sunat dan solat Fardhu, solat subuh berjamaah. Hal ini memberi hikmah yg mendalam antara lain :

- Berlimpah pahala dari Allah.

- Kesegaran udara subuh yg bagus utk kesehatan/ terapi penyakit TB.

- Memperkuat pikiran dan menyehatkan perasaan.

2. AKTIF MENJAGA KEBERSIHAN

Rasul sentiasa rapi & bersih, tiap hari khamis atau Jumaat beliau mencuci rambut-rambut halus di pipi, selalu memotong kuku,bersisir dan berminyak wangi."Mandi pada hari Jumaat adalah wajib bagi setiap orang-orang dewasa.Demikian pula menggosok gigi dan memakai harum-haruman"(HR Muslim).

3.TIDAK PERNAH BANYAK MAKAN

Sabda Rasul :"Kami adalah sebuah kaum yang tidak makan sebelum lapar dan bila kami makan tidak terlalu banyak ( tidak sampai kekenyangan)"(Muttafaq>>> Alaih)

Dalam tubuh manusia ada 3 ruang untuk 3 benda :

-Sepertiga untuk udara, sepertiga untuk air dan sepertiga lainnya untuk makanan. Bahkan ada satu tarbiyyah khusus bagi ummat Islam dengan adanya Puasa Ramadhan untuk menyeimbangkan kesihatan.

4. GEMAR BERJALAN KAKI

Rasul selalu berjalan kaki ke Masjid, Pasar, medan jihad, mengunjungi rumah sahabat, dan sebagainya.Dengan berjalan kaki, keringat akan mengalir, pori-pori terbuka dan peredaran darah akan berjalan lancar. Ini penting untuk mencegah penyakit jantung.

5. TIDAK PEMARAH

Nasihat Rasulullah : "Jangan Marah"diulangi sampai 3 kali. Ini menunjukkan hakikat kesihatan dan kekuatan Muslim bukanlah terletak pada jasadiyah belaka, tetapi lebih jauh yaitu dilandasi oleh kebersihan dan kesehatan jiwa.Ada terapi yang tepat untuk menahan marah :

- Mengubah posisi ketika marah, bila berdiri maka duduk,dan bila duduk maka berbaring

- Membaca Ta 'awwudz, karena marah itu dari Syaitan

- Segeralah berwudhu

- Sholat 2 Rokaat untuk meraih ketenangan dan menghilangkan kegundahan hati.

6. OPTIMIS DAN TIDAK PUTUS ASA

Sikap optimis akan memberikan impak psikologi yang mendalam bagi kelapangan jiwa sehingga tetap sabar, istiqomah dan bekerja keras,serta tawakal kepada Allah SWT.

7. TAK PERNAH IRI HATI

Untuk menjaga kestabilan hati, kesihatan jiwa & mental maka menjauhi iri hati merupakan tindakan preventif yang sangat tepat. Tidak iri hati bila kawan atau kenalan mendapat keuntungan seperti naik pangkat, berjaya dalam perniagaan, mempunyai anak-anak yang berjaya dsbnya. Dan disarankan untuk membantu rakan-rakan untuk berjaya, di mana ia akan memberi kepuasan dalaman yang hakiki.

::Ya Allah,bersihkanlah hati kami dari sifat sifat mazmumah dan hiasilah diri kami dengan sifat sifat mahmudah...::

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

Hadith Shahih Al Bukhari

IP